Pengambilan kekosongan jawatan terkini di JAIP ~ Gaji dari RM1,493 sehingga RM9,544

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI PSIKOLOGI – GRED S41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  2. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN – GRED S29 
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Warga negeri Pahang;
  • PEGAWAI PSIKOLOGI – GRED S41
    • Memiliki ljazah Sarjana Muda / ljazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU;
    • Memiliki ljazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian / ljazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
    • Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM.
  • PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN – GRED S29 
    • Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia / Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
    • Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM;
    • Bidang Kelayakan Akademik : Pentadbiran Awam.

 

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal SPA Pahang – DI SINI.

Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Manakala, pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 19 DISEMBER 2021, AHAD (11.59 MALAM). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…