Cara memohon bantuan rumah untuk golongan B40 dengan sewa RM124/sebulan

Pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan Rumah Ikram Keluarga Malaysia sebagai usaha meringankan beban mereka yang kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Manfaat Rumah Ikram

  • Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat pandemik;
  • Menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan percuma selama enam bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat;
  • Kadar sewa rumah serendah RM124/sebulan kepada penghuninya.

Ciri-ciri Rumah Ikram

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik;
  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan mahu memohon skim bantuan rumah ini, ia boleh dibuat secara atas talian (online) portal TEDUH KPKT – DI SINI.

Pemohon boleh melihat senarai projek Rumah Ikram yang masih dibuka untuk permohonan di portal berkenaan dan klik pada butang ‘MOHON DI SINI’ pada projek perumahan yang ingin dimohon.

Permohonan juga harus dibuat sebelum tarikh tutup seperti mana yang dinyatakan pada setiap projek.

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan Rumah Ikram Keluarga Malaysia, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…