Kemaskini terakhir Maklumat Akaun Bank GKP dibuka sehingga 20 Disember 2021

Geran Khas Prihatin (GKP) adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan dan meningkatkan produktiviti pengeluaran serta perkhidmatan.

Pembayaran GKP 4.0 juga membabitkan dua fasa iaitu pada bulan September dan November 2021 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,000 bagi setiap penerima.

Akan tetapi, masih terdapat mereka yang tidak menerima pembayaran GKP 4.0 atas alasan gagal kredit kerana tidak mengemas kini maklumat akaun bank seperti yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Oleh itu bagi memberikan peluang terakhir kepada mereka yang gagal menerima pembayaran, pihak LHDNM telah membuka kembali kebenaran kemaskini maklumat bank dari 6 hingga 20 Disember 2021.

Syarat – syarat Kemaskini

Dimaklumkan bahawa, kemas kini akaun bank berkenaan hendaklah merupakan Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP dan bukannya akaun bank perniagaan.

Akaun itu juga wajib berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

Sekiranya pemohon tidak memliki akaun bank selain dari akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini – pemohon dihendaki membuat pengesahan dengan pihak bank berkenaan status aktif akaun tersebut dan memastikan Akaun Bank Peribadi itu atas nama pemohon GKP.

Pemohon turut digalakkan untuk membuka akaun bank baharu )Akaun Bank Peribadi) atas nama pemohon GKP, bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang kembali.

Cara Kemaskini

Kemaskini tersebut boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi GKP – DI SINI.

Pemohon perlu log masuk ke sistem berkenaan dan:

  • Tekan butang ‘Kemaskini No Akaun’;
  • Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank yang aktif;
  • Tekan butang ‘Hantar’;
  • Teka butang ‘OK’ sekiranya ingin meneruskan proses kemaskini;
  • Maklumat kemaskini kemudiannya boleh disemak dengan tekan butang ‘Papar Borang’.

 

Untuk tatacara lengkap cara kemaskini, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…