Pengambilan pelbagai jawatan terkini di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) ~ Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. JURUTERA – GRED J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
    • Kekosongan: 5
  2. PENOLONG JURUTERA – GRED JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
    • Kekosongan: 4
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
    1. Gaji: RM1,493 – RM5,672
    2. Kekosongan: 1
  4. PENOLONG JURUUKUR BAHAN
    • Kadar upah: RM72/sehari
    • Kekosongan: 2
  5. JURUFOTOGRAFI
    • Kadar upah: RM72/sehari
    • Kekosongan: 1
  6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (UNIT HASIL)
    • Kadar upah: RM72/sehari
    • Kekosongan: 1
  7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (UNIT PENGUATKUASAAN)
    • Kadar upah: RM72/sehari
    • Kekosongan: 1
  8. PEMBANTU TADBIR (UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN HARTANAH)
    • Kadar upah: RM54/sehari
    • Kekosongan: 1
  9. PEMBANTU TADBIR (UNIT PENTADBIRAN)
    • Kadar upah: RM54/sehari
    • Kekosongan: 1

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki sekurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Untuk senarai lengkap syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, rujuk – DI SINI

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan jawatan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 26 DISEMBER 2021, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…