Pendapatan bawah RM3,000/sebulan : Ini skim-skim bantuan YPM yang kita boleh mohon

Untuk makluman, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) adalah sebuah perbadanan yang mempunyai visi untuk menjadi sebuah yayasan unggul dalam memperkasakan taraf pendidikan dan sosio ekonomi bangsa Melayu dan Bumiputera.

Oleh itu, pihak YPM telah memperkenalkan pelbagai skim bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya kepada golongan B40. Berikut adalah senarai skim-skim bantuan yang diperkenalkan di bawah YPM: –

Pembiayaan Pendidikan Tertiari (PPT)

Melalui PPT, pihak YPM menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak – bagi melanjutkan pengajian di peringkat Pra Universiti, Sijil dan Program Kemahiran.

Syarat-syarat Kelayakan PPT

  • Bumiputera , warganegara Malaysia;
  • Pelajar telah menerima tawaran pengajian atau telah mendaftar pada pengambilan semasa;
  • Lulus temuduga yang dikendalikan oleh YPM;
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan purata isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan;
  • Pelajar tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi/badan penaja lain untuk peringkat pengajian yang sama.

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) adalah merupakan sebuah bantuan kewangan one-off yang diberikan kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Syarat-syarat Kelayakan SDEP

  • Bumiputera warganegara Malaysia;
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

Skim Bantuan Persekolahan (SBP)

Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) pada asasnya merupakan bantuan berbentuk peralatan / kelengkapan persekolahan / wang tunai yang diberikan kepada pelajar miskin bagi meringankan bebannya dan ibu bapa pelajar.

Skim ini juga terbahagi kepada lima kategori iaitu:

  • Skim Bantuan Persekolahan – Rendah & Menengah: Bantuan ‘one- off’ kewangan kepada pelajar bagi keluarga yang berpendapatan rendah dengan kadar maksima RM500 (Menengah) dan RM300 (Rendah).
  • Skim Bantuan Persekolahan – NGO / Rakan Strategik: Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar.
  • Skim Bantuan Persekolahan – Program Khas: Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar yang diluluskan oleh Pengurusan / Lembaga Pengarah YPM.
  • Skim Bantuan Khas Persekolahan: Bantuan kepada pelajar-pelajar atau institusi / organisasi / pusat-pusat kebajikan / lain-lain yang berkaitan yang ditimpa bencana atau musibah (kebakaran, banjir, kemalangan) dalam bentuk kewangan / barangan / peralatan.
  • Skim Bantuan Persekolahan – Insentif: Bantuan kepada pelajar-pelajar yang menunjukan prestasi cemerlang dalam peperiksaan utama UPSR / PT3 / SPM / STPM atau pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam sukan, hafazan (tahfiz) dan lain-lain kecemerlangan yang difikirkan bersesuaian.

Skim Anak Angkat (SAA)

Skim Anak Angkat (SAA) adalah sebuah strategi YPM bagi mengajak masyarakat bersama-sama mengambil peduli terhadap nasib anak-anak yang kurang bernasib baik agar dapat menikmati alam persekolahan yang lebih sempurna, iaitu dengan membantu menampung perbelanjaan persekolahan mereka.

Melalui skim ini, pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 yang keluarga yang berpendapatan purata RM3,000 ke bawah akan diplih sebagai anak angkap YPM.

Mereka kemudiannya akan menerima wang saku bulanan sebanyak RM80 bagi sekolah rendah dan RM100 bagi sekolah menengah.

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan skim-skim bantuan YPM, ia boleh dirujuk di portal rasmi YPM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…