Pengambilan jawatan kosong terkini dibuka di SPRM ~ Tawaran gaji RM1,800/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PERSONLE MYSTEP

  • Jawatan: Personel MySTEP – Gred S29
  • Gaji ditawarkan: RM1,800/sebulan
  • Kekosongan: Dua calon (Pembangunan Sistem)
  • Lokasi bertugas: Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya Wilayah Persekutuan.
  • Kemudahan: Caruman KWSP, Cuti Rehat dan Cuti Sakit

Syarat-syarat Kelayakan

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelulusan minima Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum;
  • Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri;
  • Bertanggungjawab dan memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.

Bidang Tugas – Pembangun Sistem

  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java atau lain-lain yang berkaitan. Kelebihan diberikan kepada pegawai yang mempunyai pengetahuan dalam menggunakan framework (keutamaan kepada yang memiliki pengalaman dalam Yii atau Laravel);
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan pangkalan data;
  • Mengumpul maklumat keperluan pembangunan sistem aplikasi mengikut keperluan pengguna dan keperluan sistem;
  • Menyediakan dokumen Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT), Pengujian Penerimaan Akhir (FAT) dan melaksanakan pemasangan (deployment) sistem; dan
  • Membantu dalam perlaksanaan Latihan serta penyediaan dokumentasi yang berkaitan dengan sistem.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume beserta gambar berukuran pasport dan salinan Sijil Diploma ke alamat e-mel: [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 31 DISEMBER 2021, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…