“Gaji RM1,800 dipotong lagi separuh, anak bini nak makan apa?”

“Gaji RM1,800 dipotong lagi separuh, anak bini nak makan apa?”

Demikian ujar Mohd Amir Rapini, salah seorang dari 489 pekerja yang diberhentikan kerja buat sementara waktu dari kilang keluli Megasteel Sdn Bhd. Keluhan Amir disambut teriakan kira-kira 60 pekerja yang mengadakan piket di pintu hadapan Megasteel hari ini. Sebagai sebahagian daripada langkah lay-off ini, kesemua mereka dipotong gaji 50 peratus.

“Mereka zalim. Saya sudah berbelas tahun di sini. Saya ada tiga orang anak, semuanya bersekolah lagi,” tambahnya.
Sebahagian daripada pekerja yang mengadakan protes di hadapan kilang Megasteel di Banting hari ini. - Gambar Astro AWANI
Sebahagian daripada pekerja yang mengadakan protes di hadapan kilang Megasteel di Banting hari ini. – Gambar Astro AWANI

Megasteel Sdn Bhd hanya salah satu mangsa kejatuhan industri keluli tempatan akibat penurunan ringgit dan kegiatan lambakan keluli dari China. Pengeluar tempatan kini berdepan persaingan sengit ekoran harga keluli dari China yang rendah dan peningkatan kos operasi.

“Pengeluar keluli tempatan terjejas teruk dengan aktiviti import lambakan keluli dengan harga murah sejak beberapa tahun lalu,” kata Megasteel dalam satu kenyataan hari ini. Megasteel berkata, kini kapasiti pengeluarannya hanya digunakan 20 ke 30 peratus. Ia turut menyaksikan kerugian RM2 bilion pada 2014 dan paras terkini pinjaman banknya melebihi RM12 bilion.

“Kami sedih kerana terpaksa melakukannya (pemberhentian kerja sementara). Kalau kami boleh elakkan, kami akan elakkan,” kata Vasu Palanisamy, Pengurus Kanan Perhubungan Pekerja Lion Group, syarikat induk Megasteel.

Tambahnya: “Kita mengharap keajaiban, agar industri keluli tempatan pulih kembali dan kita boleh sambung kerja seperti biasa.”

Sumber: AWANI

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…