Kekosongan jawatan terkini di LHDN ~ Gaji RM1,734/sebulan, tarikh tutup 31 Disember 2021

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

JURUTEKNIK HASIL

  • Taraf jawatan: Tetap
  • Bidang Jawatan: Komputer
  • Fungsi Jawatan: Juruteknik Komputer
  • Gaji: RM1,734/sebulan
  • Kekosongan: 4
  • Penempatan: Kuala Lumpur, Kuching,Johor Bahru dan Teluk Intan.

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
    • Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Aplikasi Perisian Komputer dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
    • Sijil dalam bidang Sistem Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
    • Sijil dalam bidang Rangkaian Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaa;
  • Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang. Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik. Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Bidang Tugas

  • Membantu melaksanakan tugasan mengenai penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan perkakas IT;
  • Membaikpulih sistem pengoperasian dan perisian dalam komputer;
  • Membuat pindahan dan pemasangan kepada pengguna;
  • Membuat semakan dan kemaskini pengurusan rekod bekalan komputer dan pencetak;
  • Membuat semakan dan memastikan peralatan live streaming dan video conference berfungsi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Pencarian Kerja LHDN – DI SINI.

Permohonan juga tidak perlu dicetak atau dipos kepada pihak LHDN. Manakala, nama calon yang berjaya untuk menghadiri temu duga akan dimaklumkan melalui Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”).

Tarikh tutup permohonan pada 31 DISEMBER 2021, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…