Pengambilan kekosongan jawatan terkini di IKIM ~ Gaji dari RM1,488 hingga RM4,230

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU TADBIR (PERCETAKAN) – GRED N19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Kontrak satu tahun sehingga maksimum tiga tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Gaji: RM1,488 – RM4,230

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM;
  • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang pentadbiran pejabat di sektor awam atau swasta;
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran dalam membuat reka letak buku, penggunaan software Adobe Photoshop, Illustrator dan Indesign;
  • Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Calon telah lengkap menerima 2 dos vaksin C-19.

Bidang Tugas

  • Membuat reka bentuk kulit buku dan reka letak buku;
  • Membantu Ketua Penerbit menguruskan pengeluaran spesifikasi buku;
  • Membantu Ketua Penerbit memastikan kerja-kerja dilakukan oleh pereka (designer) dan pencetak luar adalah memuaskan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki;
  • Membantu Ketua Penerbit membuat penetapan harga buku;
  • Membantu Ketua Penerbit memastikan bahan terbitan IKIM adalah berkualiti, menarik dan boleh dibaca;
  • Membantu Ketua Penerbit dalam urusan permohonan International Standard Book Number (ISBN) dan Cataloguing in Publication (CIP) dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM);
  • Membantu Ketua Penerbit dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pentadbiran pejabat.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan:

  • Surat permohonan;
  • Keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman,
  • Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan sijil kelahiran
  • Salinan slip gaji terakhir
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • Sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)

 

Dan hendaklah dihantar ke alamat:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
Tel: 03-62046374

 

Setiap salinan dokumen yang dihantar juga perlu disahkan terlebih dahulu dan dinyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

Hanya calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Manakala, calon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 10 JANUARI 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…