Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kerajaan Tempatan kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan di bawah Program Personel MySTEP bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN
- Gaji: RM1,800
- Tempoh: 10 Januari 2022 – 31 Disember 2022
- Penempatan: Jabatan Kerajaan Tempatan
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR
- Gaji: RM1,800
- Tempoh: 10 Januari 2022 – 31 Disember 2022
- Penempatan: Jabatan Kerajaan Tempatan
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
- Gaji: RM1,600
- Tempoh: 10 Januari 2022 – 31 Disember 2022
- Penempatan: Jabatan Kerajaan Tempatan
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI)
- Gaji: RM1,600
- Tempoh: 10 Januari 2022 -30 April 2022
- Penempatan: Jabatan Kerajaan Tempatan
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
Cara Memohon
Kepada mereka yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan resume dan surat permohonan ke Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Kerajaan Tempatan di alamat e-mel:
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 02 JANUARI 2022, AHAD.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.