Cara mendaftar dan memohon bantuan kewangan RM480 dari KWSP

Dalam usaha membantu segenap masyarakat memiliki simpanan di hari tua, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Kasih Suri Keluarga Malaysia.

Tujuan utama skim ini adalah untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Kasih Suri Keluarga Malaysia: –

Faedah-faedah

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

 

Had Bayaran

Berkenana dengan had bayaran Kasih Suri Keluarga Malaysia, tiada had minima yang ditetapkan oleh pihak KWSP. Bagaimanapun, had maksimum yang ditetapkan adalah sebanyak RM60,000 setahun dan ia berkuat kuasa sejak Januari 2013.

Cara Mendaftar

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran Kasih Suri Keluarga Malaysia boleh dibuat di mana-mana kaunter atau kios KWSP terdekat dengan membawa Kad Pengenalan (MyKad).

Dalam masa sama, saluran caruman skim ini juga boleh dibuat dengan cara:

  • Perbankan internet;
  • Kaunter ejen bank;
  • Kaunter KWSP;
  • Ejen bank berdaftar (EBB).

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan skim ini, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…