Temuduga terbuka di banyak syarikat pada 12 Januari ini: Tawaran gaji RM1,200 hingga RM6,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kuala Lumpur akan menganjurkan Mini Karnival Jom Kerja 2022 bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Karnival ini akan melibatkan 11 buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan karnival yang bakal diadakan: –

Syarikat & Jawatan

  1. MAZARYN & PARTNERS SDN BHD
    • Pegawai Pemulihan
  2. SWI GLOBAL SDN BHD
    • Pembantu Tadbir
    • Pakar Pengalaman Pelanggan (Dalam Talian)
    • Pereka Grafik
    • Eksekutif Media Sosial
    • Juruvideo / Pencipta Kandungan
    • Eksekutif Pemasaran
  3. SODEXO MALAYSIA SDN BHD
    • Tukang Masak
    • Pembantu Dapur
    • Pencuci Pinggan
    • Pembantu Katering
    • Juruwang
  4. BOAT NOODLE SDN BHD
    • Kru Restoran
    • Pengurus Restoran
    • Pembantu Pengurus Restoran
  5. NANDO’S CHICKENLAND MALAYSIA SDN BHD
    • Pengurus Restoran
    • Penolong Pengurus Restoran
    • Kru Restoran – Dapur
    • Perkhidmatan Krew Restoran
    • Sambilan – Krew Restoran
  6. BDP GLOBAL SERVICES CENTRE SDN BHD
    • Pentadbir Logistik
    • Eksekutif Logistik
    • Forwarding Specialist
  7. AL BABA GROUP SDN BHD
    • Pelayan
    • Pelayan (Sambilan)
    • Barista / Penolong Chef
    • Kru Dapur
    • Pengurus Gudang
    • Eksekutif Pemasaran
    • Pengurus Kawasan
    • Pengurus Besar
    • Chef Eksekutif (DIPNDIP)
    • Chef Eksekutif (Pastri)
    • Chef Eksekutif (Masakan Arab)
  8. BAYABUMI SDN BHD
    • Kerani Pentadbiran
    • IT (Latihan Industri)
    • Perakaunan (Latihan Industri)
    • Pembantu akauntan
    • Akauntan
    • Pengurus
    • Setiausaha Syarikat
  9. SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR
    • Pelayan
    • Komis
    • Penjaga Letak Kereta
    • Front Office Assistant
    • Penjaga Pintu
    • Chef De Partie
  10. AYAMAS SHOPPE SDN BHD
    • Pelatih Penolong Pengurus Peruncitan
  11. MAS AWANA SERVICES SDN BHD
    • Pengurus operasi
    • Pakar Pemakanan
    • Ketua Tukang Masak
    • Tukang Masak
    • Pembantu Perkhidmatan Makanan
    • Pembantu Perkhidmatan Makanan – Steward
    • Pembantu Perkhidmatan Makanan – Juruwang
    • Pembantu Perkhidmatan Makanan
    • Qa/ Penyelia Makanan & Minuman
    • Chef
    • Tukang Masak
    • Penolong Tukang Masak
    • Penyelia Sokongan Operasi
    • Steward
    • Pegawai Pembelian
    • Penjaga stor

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Gaji adalah dari RM1,200 sehingga RM6,000 mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Untuk maklumat lengkap gaji dan kelayakan akademik setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pra-pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Calon dikehendaki memilih syarikat, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang pendaftaran atas talian berkenaan.

Maklumat Temuduga:

  • Tarikh: 12 Januari 2022 (Rabu)
  • Masa: 10 pagi – 4 petang
  • Tempat: Dewan Kenanga, Aras 18, Wisma Perkeso Jln Tun Razak, 50300 Kuala Lumpur.

 

Dimaklumkan juga bahawa hanya individu yang telah lengkap vaksin sahaja yang dibenarkan menyertai karnival kerjaya ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas En Saidi di talian: 019 – 679 1249.

Hebahan rasmi karnival juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…