Pengambilan jawatan kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA): Gaji RM3,183.43/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI TADBIR – GRED N41

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Taraf Lantikan: Kontrak untuk perkhidmatan
  • Bayaran Perkhidmatan: RM3,183.43 sebulan
  • Tempoh Perkhidmatan: 2 tahun

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab menjalankan proses dan prosedur operasi fungsi teras MQA secara cekap dan berkesan bagi tugasan berikut:

  • Penilaian permohonan Akreditasi Program dan Audit Institusi;
  • Pengurusan permohonan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL) dan penilaian Pusat Penilaian APEL.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian melalui portal Jobs@MQA – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala, pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 20 JANUARI 2022, KHAMIS (4 PETANG).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…