Lebih 1,000 kedai terlibat: Ini cara memohon bantuan rebat RM500 beli peralatan elektrik

Dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda banyak negeri di Malaysia, kerajaan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah memperkenalkan Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.

Melalui program ini, mereka yang layak boleh menerima rebat RM500 untuk membeli peralatan elektrik di kedai berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian. Setakat ini, terdapat 1,100 buah kedai telah berdaftar di bawah program ini.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia;
  • Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM – Suruhanjaya Tenaga.

Cara Menebus Rebat

Terdapat dua cara menebus rebat RM500 ini, iaitu:

  • Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar;
  • Kaedah 2 : Pembelian secara atas talian (e-dagang – Shopee / Lazada / PG Mall).

 

Bagi pembelian dan penebusan di kedai atau pasar raya berdaftar, senarai premis terlibat boleh disemak – DI SINI.

Manakala, bagi pembelian secara atas talian (online):

  • Langkah 1: Pilih mana-mana platform e-dagang yang tersenarai (Shopee, Lazada atau PG Mall) dan hanya klik pada logo e-dagang pilihan.
  • Langkah 2: Pilih Kedai Berdaftar dalam platform e-dagang dan hubungi/chat bersama pekedai untuk menyemak kelayakan anda.

 

Dimaklumkan juga bahawa kelayakan bantuan ini adalah berdasarkan 1 rebat untuk 1 akaun bil elektrik yang terkesan dengan bencana banjir yang telah disenaraikan oleh kerajaan.

Berkenaan dengan maklumat dan dokumen yang diperlukan ketika permohonan rebat pembelian, pembeli hanya perlu mempunyai:

  • Salinan kad pengenalan;
  • Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah;
  • Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut):
    • Polis;
    • NADMA;
    • Pegawai Daerah;
    • Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll);
    • Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan program bantuan ini juga boleh dibuat secara atas talian – DI SINI, dengan mengisi Nombor Akaun Elektrik, Nombor Kad Pengenalan dan memilih Syarikat Utiliti Elektrik.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan rebat ini, boleh dirujuk di portal rasmi SEDA – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…