Pengambilan pelbagai jawatan kosong di ASWARA ~ Gaji dari RM1,352 hingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TADBIR – N41
    1. Taraf jawatan: Tetap/Kontrak
    2. Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
    1. Taraf jawatan: Tetap/Kontrak
    2. Gaji: RM2,315 – RM9,618
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
    1. Taraf jawatan: Kontrak
    2. Gaji: RM1,493 – RM5,672
  4. PEMBANTU PERPUSTAKAAN – S19
    1. Taraf jawatan: Tetap/Kontrak
    2. Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai kebolehan komunikasi dan hubungan interpersonal yang baik;
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan ASWARA – muat turun DI SINI.

Borang yang lengkap, kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan yang disahkan:

  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
  • Salinan sijil kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad);
  • Salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan;
  • Resume;
  • Sijil-sijil berkaitan.

 

Kemudiannya borang permohonan yang telah lengkap hendaklah ditulis nama jawatan kosong yang dimohon pada sudut atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:

Rektor
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464, Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan pada 23 JANUARI 2022, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…