Pengambilan pelbagai kekosongan jawatan di SEPADU: Gaji dari RM1,600 hingga RM2,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PERSONEL MYSTEP (PENTADBIRAN)
    • Kadar upah: RM1,800 – RM2,000
    • Manfaat: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Rehat dan Cuti Sakit
    • Kekosongan: 2
  2. PERSONEL MYSTEP (REKAAN GRAFIK)
    • Kadar upah: RM1,800 – RM2,000
    • Manfaat: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Rehat dan Cuti Sakit
    • Kekosongan: 1
  3. PERSONEL MYSTEP (TEKNOLOGI MAKLUMAT)
    • Kadar upah: RM1,800 – RM2,000
    • Manfaat: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Rehat dan Cuti Sakit
    • Kekosongan: 1
  4. PERSONEL MYSTEP (FOTOGRAFI)
    • Kadar upah: RM1,600 – RM1,800
    • Manfaat: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Rehat dan Cuti Sakit
    • Kekosongan: 1

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan dari peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Telah lengkap suntikan vaksinasi;

Untuk senarai penuh syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan, rujuk – DI SINI

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume ke alamat e-mel: [email protected] atau [email protected].

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga pada 25 JANUARI 2022 (SELASA).

Lokasi temuduga adalah:

Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri, Aras 2, Setia Perdana 3, Kompleks Setia Perdana, 62502, Putrajaya.

Tarikh tutup permohonan pada 19 JANUARI 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…