Pengambilan jawatan kosong terkini di JAIS: Gaji dari RM1,493 hingga RM5,672

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 (WARDEN BALAI MUSOLLA)

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Jantina: Lelaki
  • Kekosongan: 1
  • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  • Kenaikan tahunan: RM145

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Kelahiran Negeri Selangor, atau
  • Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau
  • Telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPAN);
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan – muat turun DI SINI.

Borang permohonan yang lengkap perlu dilampirkan bersama:

  • Sekeping gambar berukuran pasport;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa;
  • Salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas, serta nama jawatan perlu ditulis di sebelah atas kiri sampul surat. Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 26 JANUARI 2022, RABU (12PM). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM500 - RM2,500 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Info Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

RM500 - RM2,500 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Info Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada kumpulan pendapatan isi rumah tertentu. B40 mewakili…