Pendapatan isi rumah bawah RM4,849: Ini cara memohon bantuan kewangan RM500 SIPU

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU).

Melalui SIPU, anak-anak Pekebun Kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / pesara RISDA yang melanjutkan pengajian di University College Agroscience Malaysia (UCAM) boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 secara ‘one-off‘.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak kepada: Pekebun Kecil / staf RISDA / staf SMR / pesara RISDA;
  • Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil;
  • Pendapatan isi rumah RM4,849 dan ke bawah sebulan;
  • Telah melapor diri di UCAM;
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran di UCAM;
  • Pelajar Tahun Pertama (semester 1) di UCAM sahaja;
  • Peringkat Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (sepenuh masa).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon bantuan ini, permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022) yang boleh dimuat turun di portal rasmi RISDA – DI SINI.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama:

  • Salinan Kad pengenalan pelajar;
  • Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa /penjaga yang sah;
  • Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
  • Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
  • Surat tawaran;
  • Resit Bayaran pengajian UCAM (Kemasukan UCAM).

 

Dan dihantar ke pejabat RISDA berdekatan untuk tujuan pengesahan.

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat pula tidak akan dipertimbangkan dan keputusan Jawatankuasa Penilai adalah muktamad serta tidak tertakluk memberi alasan kepada sebarang penolakan permohonan.

Maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…