Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan dan menjana pendapatan, kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).
Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2022 yang bertemakan ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun keempat pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.
Kepada mereka yang berkelayakan, TUNS menyediakan bantuan pembiayaan secara geran sebanyak RM3,000. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia, namun begitu keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan;
- Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta
Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh tiga bulan sebelum permohonan dibuat; - Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
- Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000;
- Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga bulan;
- Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
- Pemohon tidak berstatus muflis;
- Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima tahun.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan pembiayaan boleh dibuat dengan mengisi dokumen-dokumen yang ditetapkan TUNS – DI SINI.
Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
- Gambar formal pemohon berukuran passport;
- Salinan lesen/ permit perniagaan (keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen/ permit);
- Salinan dokumen pendaftaran SSM;
- Salinan penyata kewangan/penyata bank perniagaan;
- Salinan penyata kewangan/ penyata bank peribadi;
- Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya 3 gambar);
- Salinan perjanjian sewa premis/ tanah;
- Sebut harga terkini atau dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.
Permohonan bantuan pembiayaan akan mula dibuka dari 01 Februari hingga 28 Februari 2022, dan para pemohon dinasihati membuat semakan secara berkala di portal rasmi TUNS (DI SINI) untuk perkembangan lanjut.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan melalui Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS):
- Telefon: 06 -761 6871
- Hotline : 019-752 3251
- E-mel : [email protected]