Harga rumah serendah RM35,000: Ini cara memohon rumah PPR untuk golongan B40

Dalam usaha menyediakan tempat berteduh kepada setiap anggota masyarakat yang memerlukan, pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Program Rumah Rakyat Dimiki (PPR Dimiliki).

PPR Dimiliki diperkenalkan bagi membolehkan golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah ini juga dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Ciri-ciri PPR Dimiliki

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan PPR Dimiliki boleh dikemukakan secara atas talian (online) di portal TEDUH KPKT – DI SINI.

Caranya, pemohon perlu pergi ke laman ‘Carian Projek’ dan memlilih PPR Dimiliki di bahagian ‘Skim’. Di sana, pemohon akan dapat melihat senarai projek PPR Dimiliki yang dibuka untuk permohonan.

Permohonan kemudiannya boleh dibuat dengan klik pada butang ‘MOHON DI SINI’ di projek PPR Dimiliki yang ingin dimohon dan pemohon akan dibawa ke Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).

Sekiranya pemohon masih belum mendaftar di sistem berkenaan, pemohon dikehendaki mendaftar dahulu, sebelum permohonan rumah boleh dibuat.

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan PPR Dimiliki, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…
Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) Ambilan 2025: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) Ambilan 2025: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
RM500 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Jadual Bayaran & Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

RM500 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Jadual Bayaran & Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH)

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup telah menjadi antara topik yang paling banyak dibincangkan dalam kalangan rakyat…