Banyak jawatan kosong ditawarkan di KEJORA: Gaji bulanan RM1,600 hingga RM2,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N29
    • Taraf jawatan: MySTEP
    • Gaji: RM1,600
  2. PENOLONG JURUAUDIT W29
    • Taraf jawatan: MySTEP
    • Gaji: RM1,800
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
    • Taraf jawatan: MySTEP
    • Gaji: RM1,800
  4. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
    • Taraf jawatan: MySTEP
    • Gaji: RM2,000
  5. JURUTERA AWAM J41
    • Taraf jawatan: MySTEP
    • Gaji: RM2,000

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya dalam Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem e-Perjawatan KEJORA (DI SINI).

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 31 JANUARI 2021 (AHAD). 

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan syarat-syarat kelayakan khusus setiap jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…