Khas untuk penerima BKM: Jangan lepaskan peluang menebus baucar RM75

Dalam usaha memberikan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah, pihak kerajaan telah memperkenalkan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV).

Matlamat utamanya adalah untuk menyediakan perlindungan insurans dan takaful dari sebarang risiko di dalam kehidupan. Perlindungan Tenang merangkumi produk-produk yang memenuhi kriteria iaitu Mampu Milik, Mudah Diakses, Mudah Difahami dan Proses Tuntutan yang Mudah.

Melalui program ini, mereka yang layak boleh menebus baucar sebanyak RM75 seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada tahun lalu. Berikut adalah penjelasannya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), merangkumi kategori isi rumah, bujang dan warga emas.

Cara Menebus

Pada tahun 2022, program ini telah diperluaskan untuk pembelian insurans/takaful motor komprehensif bagi motosikal 150cc dan ke bawah. Terdapat 2 kaedah menebus baucar ini iaitu:

Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian:

  • Langkah 1: Layari portal My Coverage (DI SINI)
  • Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
  • Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
  • Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan, umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.

 

Penebusan dan pembelian di kaunter:

Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawagan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.

Bagaimanapun, anda dikehendaki meneliti dan memahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Anda akan dibantu sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai produk Perlindungan Tenang tersebut.

Jika anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian. Anda turut dinasihatkan untuk menghubungi wakil perkhidmatan pelanggan syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Semakan Kelayakan

Bagi yang ingin membuat semakan kelayakan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI, dengan memasukkan No Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan program ini pula, anda amat disarankan membaca dengan teliti setiap penjelasannya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…