Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menganjurkan program Temu Duga Tertutup bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Program ini akan melibatkan 3 buah syarikat dan calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan karnival yang bakal diadakan: –
Syarikat & Jawatan
- HORIZON REMIT SDN BHD
- Front Desk Officer/Teller
- QUALITAS MEDICAL GROUP SDN BHD
- Eksekutif Kewangan
- Eksekutif Operasi
- Eksekutif Pemasaran
- Radiografer Merangkap Ca
- Stare Jururawat Berdaftar
- Pembantu Klinik
- LOTUS’S STORE (MALAYSIA) SDN BHD
- Store Associate
- Warehouse Associate
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
- Gaji adalah dari RM1,200 sehingga RM3,500 mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
Untuk maklumat lengkap gaji dan kelayakan akademik setiap jawatan, rujuk – DI SINI.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan ingin menyertai temuduga ini, pra-pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.
Calon dikehendaki memilih syarikat, jawatan yang ingin dimohon, mengisi butiran diri, kelayakan akademik dan sebagainya seperti yang diminta di borang pendaftaran atas talian berkenaan.
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 13 Februari 2022 (AHAD).
Calon yang layak kemudiannya akan dihubungi untuk sesi temu duga tertutup bersama syarikat tersebut. Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi pegawai bertugas Cik Sabriena di talian: 019 – 294 7862.
Hebahan rasmi karnival juga boleh dirujuk – DI SINI.