Pendapatan keluarga B40 & M40: Ini cara memohon Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 setahun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan. Antara yang diperkenalkan termasuklah Bantuan Kewangan Asasi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Melalui bantuan ini, mereka yang layak boleh menerima bantuan kewangan sebanyak sebanyak RM3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian, dengan pecahan berikut:

  • Elaun Wang Saku: RM2,500 setahun;
  • Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan: RM1,420 setahun;
  • Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam (UA).

Pemohon juga hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut:

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Universiti Awam masing-masing pada setiap semester.

 

Permohonan turut perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…