Malaysia diramal tak ada kenaikan gaji pada tahun ini, kecuali untuk pekerja tertentu…

Baru-baru ini, hasil Kaji Selidik Gaji 2021 dari firma pekerjaan terkemuka Robert Walters, meramalkan kadar gaji di negara ini akan kekal sepanjang tahun dan jika berlaku kenaikan sekalipun, ia hanya kenaikan yang sangat sederhana. Namun begitu, bagi pekerja berprestasi tinggi – kenaikan gaji masih boleh berlaku, selain dari pemberian bonus dan kenaikan pangkat.

Selain itu, didapati juga hampir separuh atau 50 peratus syarikat yang menyertai kaji selidik itu merancang untuk membekukan pengambilan pekerja pada tahun ini akibat hambatan Covid-19. Kebanyakan syarikat nampaknya melakukan penelitian yang ketat dalam pengambilan pekerja dan memilih untuk merekrut secara dalaman bagi jawatan yang ditawarkan sebagai sebahagian dari usaha pengurusan kos.

Antara pasaran pekerjaan yang dijangka akan kekal konservatif dalam pengambilan pekerja adalah di sektor perakaunan, kewangan, perbankan, kejuruteraan, sumber manusia, perundangan dan rantaian bekalan.

Akan tetapi, terdapat enam sektor yang masih membuka peluang pekerjaan tinggi, walaupun dalam suasana tidak menentu ini. Enam sektor berkenaan adalah; perkhidmatan penting, teknologi, farmaseutikal/penjagaan kesihatan, insurans, pengurusan risiko dan pematuhan, serta bidang tenaga boleh diperbaharui.

Dari enam sektor tersebut, pasaran bagi teknologi dijangka akan terus berkembang maju, rentetan dari usaha kebanyakan syarikat yang kini semakin memberikan perhatian terhadap operasi digital bagi kelangsungan perniagaan mereka.

Industri farmaseutikal terus kekal kukuh di sebalik pelbagai cabaran yang datang. Gambar: MIMS Today.

Tambah hasil kaji selidik itu lagi, sektor jualan dan pemasaran turut menunjukkan tanda-tanda pemulihan, terutamanya pekerjaan berkaitan e-dagang, pemasaran digital dan jualan secara keseluruhan. Ia berikutan dengan usaha syarikat-syarikat untuk mengukuhkan aliran pendapatan mereka, selari dengan suasana norma baru.

Dengan keadaan yang semakin mencabar, kebanyakan majikan kini lebih memfokuskan usaha mencari calon yang berpengetahuan luas, termasuk pemahaman mendalam tentang interaksi ruang digital dalam industri mereka.

“…terdapat peluang di luar sana dan calon harus dilengkapkan dengan baik, bukan hanya dengan kemahiran teknikal dan pengalaman yang diperlukan, tetapi pemahaman yang mantap mengenai bagaimana bidang digital berinteraksi dengan industri mereka dan kecenderungan untuk menyesuaikan diri dan mempelajari dinamik pasaran yang sentiasa berubah untuk berkembang maju.” – Kimberlyn Lu, Ketua Negara Robert Walters bagi Malaysia dan Filipina. Petikan dari Berita Harian.

Kesimpulannya, tahun 2021 menyaksikan susana yang cukup mencabar bagi pemain industri dan rakyat negara ini khasnya, tidak kisahlah yang sedang bekerja atau masih mencari pekerjaan.

 

Sumber: Berita Harian & Astro Awani.

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…