Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya (OT) selama 3 tahun, dengan jumlah RM58,000.

Murali Vengu, telah menfailkan tuntutan gaji kerja lebih masa (OT), gaji cuti rehat dan gaji cuti hari kelepasan am terhadap majikannya pada bulan Oktober 2021 yang lalu.

Dimaklumkan, Murali yang juga satu-satunya pekerja keselamatan di syarikat berkenaan tidak diperuntukkan sebarang cuti rehat setiap minggu, cuti tahunan dan diminta tetap bekerja pada hari kelepasan am.

Malah, Murali turut terpaksa menempatkan isterinya di pondok pengawal untuk sementara waktu, sekiranya beliau terpaksa keluar untuk urusan penting.

Murali yang berhenti kerja pada 2018, telah terpaksa bekerja selama 12 jam hingga 14 jam setiap hari, namun hanya diberikan gaji asas sebanyak RM1,300 dan elaun petrol RM250 setiap bulan.

Setelah kes ini dibawa ke Jabatan Tenaga Kerja Subang Jaya, pihak majikan didakwa cuba mengelirukan keadaan apabila mengatakan pelbagai bayaran telah dibuat kepada Murali.

Akan tetapi, pemeriksaan lanjut menunjukkan majikan mengabungkan bayaran elaun petrol dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberikan gambaran bahawa suatu jumlah besar telah dibayar kepada Murali dan tuntutannya tidak betul.

“Tuntutan Murali sebenarnya melibatkan pelbagai komponen seperti tuntutan gaji lebih masa (OT) hari kerja biasa, hari rehat, hari kelepasan am, gaji kerja hari rehat dan gaji kerja hari kelepasan am. Majikan pun mengaku bahawa bayaran gaji kerja lebih masa sememangnya tidak dibayar kepada Murali, maka mereka mencadangkan suatu penyelesaian dibincangkan tanpa melalui perbicaraan penuh.” – Sivarajan Arumugam, Setiausaha Agung, Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Setelah beberapa kali rundingan dilaksanakan antara majikan dan pegawai Jabatan Tenaga Kerja, pihak majikan akhirnya bersetuju membayar RM58,000 kepada Murali sebagai amaun penyelesaian. Jumlah itu adalah lebih kurang bersamaan dengan RM1,600/sebulan gaji OT untuk 3 tahun.

Berdasarkan kes ini, Sivarajan berkata – sebenarnya terdapat ramai lagi pekerja keselamatan yang diperdaya oleh majikan tanpa dibayar gaji lebih masa.

Oleh itu, tindakan berani para pekerja adalah sangat penting bagi membawa pihak terbabit ke muka pengadilan – supaya penindasan dan perampasan hasil titik peluh pekerja seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Sumber: SOSIALIS.NET.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Akhirnya penantian ramai pihak terjawab, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah pun mengumumkan…