Dividen telah dimasukkan: Ini cara mudah semak & keluarkan duit ASB secara online

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan jumlah agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pengumuman itu juga merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit yang diberikan kepada 10.4 juta pemegang unitnya. Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:

Cara Semak Pembayaran Dividen

Bagi setiap pemegang unit amanah saham di bawah ASNB, mereka sebenarnya boleh mendaftar di sistem myASNB bagi memudahkan segala urusan berkaitan pelaburan masing-masing. Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

 

Bagi yang telah mendaftar, myASNB boleh dibuka melalui apkasinya di telefon pintar masing-masing atau di browser – DI SINI.

Untuk membuat semakan pembayaran dividen, ia boleh dibuat dengan cara:

  • Log masuk (isi ID Pengguna dan Kata Laluan);
  • Klik pada butang ‘penyata’
  • Lihat jumlah pelaburan dan baki pelaburan.

 

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Selepas berjaya membuat pendaftaran di sistem myASNB, pengeluaran duit juga boleh dibuat di sistem sama. Ia adalah melalui tatacara berikut:

  • Log masuk di aplikasi myASNB atau portal MyASNB (DI SINI);
  • Klik pada menu ‘Portfolio’ dan pilih dana yang ingin dikeluarkan;
  • Klik pada “Transaksi” dan pilih butang “Jualan Balik”;
  • Klik butang “Seterusnya”.

 

Selepas itu, akan keluar maklumat akaun bank yang telah didaftar di sistem berkenaan. Pengguna kemudiannya perlu mengisi maklumat yang diminta dan membuat pengesahan pengeluaran bagi memindahkan wang ke akaun bank.

Ketetapan transaksi secara atas talian adalah:

  • Pengeluaran minimum: RM100;
  • Pengeluaran maksimum: RM1,000 sebulan (tiga kali sebulan).

 

Dimaklumkan juga bahawa tiada sebarang caj dikenakan bagi setiap jualan balik yang bilaksanakan di myASNB. Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan pengeluaran secara atas talian, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…