Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menganjurkan Karnival Kerjaya Jamin Kerja pada 19 FEBRUARI 2022 ini.
Karnival itu juga nanti akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti:
- Temuduga bersama majikan;
- Kaunseling Kerjaya;
- Kaunter Resume;
- Pendaftaran Portal MyfutureJobs.
Karnival ini juga akan menyediakan lebih 12,000 peluang pekerjaan khusus kepada golongan pencari kerja dari kalangan lepasan sekolah, graduan dan sebagainya.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan karnival kerjaya yang bakal berlangsung: –
Maklumat Karnival
Kepada yang berminat, karnival kerjaya ini akan berlangsung seperti maklumat di bawah:
- Tarikh: 19 Februari 2022 (Sabtu)
- Masa: 9:00 Pagi – 5:00 Petang
- Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Selain PERKESO, pelbagai lagi pihak yang akan terlibat di kanival berkenaan, antaranya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) dan banyak lagi.
Cara Mendaftar
Kepada yang berminat dan ingin menyertai karnival ini, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) di portal MyFutureJobs – DI SINI.
Lebih menarik lagi, pihak penganjur juga akan memberikan hadiah menarik kepada peserta bertuah di karnival itu nanti.
Untuk maklumat lanjut berkenaan karnival yang bakal berlangsung ini, calon boleh menghubungi pegawai bertugas di talian:
- Cik Fitrah: 019 – 617 7559
- Cik Nazirah: 019 – 610 1234
- Cik Aisyah: 019 – 609 6544
Dimaklumkan juga bahawa para peserta dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berada di karnival itu nanti.
Hebahan rasmi karnival ini juga boleh dirujuk – DI SINI.