Muzium Negara buka pengambilan pelbagai jawatan terkini: Gaji RM1,600 hingga RM1,800

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Muzium Negara kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEREKA
    • Pengambilan: MySTEP
    • Gaji: RM1,800
    • Tempoh: Mac 2022 – Disember 2022
  2. PEMBANTU PEGAWAI MEDIA SOSIAL DAN KANDUNGAN KREATIF
    • Pengambilan: MySTEP
    • Gaji: RM1,600
    • Tempoh: Mac 2022 – Disember 2022

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

PEREKA

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Diploma dalam bidang Rekabentuk Dalaman atau kelayakan yang diikraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Berkemahiran menggunakan perisian Auto CAD, 3D Studio Max, Sketchup, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Premiere atau yang berkaitan dengan penghasilan pelan lantai, pameran dan ilustrasi ruang pameran;
  • Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan berdasarkan tugasan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum;
  • Berkebolehan menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

 

PEMBANTU PEGAWAI MEDIA SOSIAL DAN KANDUNGAN KREATIF

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelayakan yang diikraf setaraf dengannya atau pengalaman dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan;
  • Berkemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Premiere atau yang berkaitan dengan penghasilan rekaan grafik, animasi grofik dan grafik video serta penghasilan slaid untuk pembentangan seperti PowerPoint Advanced, Issuu, Visme atau Prezi;
  • Mahir dalam mengendalikan medio sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, TikTok, Clubhouse, Linkedln dan lain-lain) seperti cross-posting, Facebook Live, virality dan juga real time postings bagi liputan prog ram/aktiviti;
  • Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan berdasarkan tugasan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume, portfolio, salinan sijil dan gambar berukuran passport ke alamat e-mel: [email protected].

E-mel yang dihantar hendaklah dengan tajuk: ‘PERMOHONAN MYSTEP MUZIUM NEGARA’.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 22 FEBRUARI 2022, SELASA.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…