Seperti yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pelancaran Program Kemiskinan Bandar (5My) Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021. Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu penduduk berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan.

Antara inisiatif itu termasuklah Program MyBeras@Wilayah yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Menerusi program ini, sumbangan beras secara percuma akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan yang layak pada setiap minggu sepanjang bulan Februari ini. Menurut Tan Sri Muhyiddin, sumbangan itu akan membabitkan 5,750 buah kampit (5 kg) beras percuma setiap minggu.

Golongan yang layak menerima manfaat ini adalah mereka yang berstatus miskin bandar dan golongan B40 yang terjejas akibat Covid-19 di Wilayah Persekutuan. Ia selaras dengan dapatan dari Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional telah meningkat kepada RM2,208 sebulan bagi setiap isi rumah.

Cara mohon sumbangan beras

Bagi urusan pengedaran beras kepada warga Wilayah Persekutuan, ia akan diuruskan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) dengan kerjasama para penderma individu dan syarikat-syarikat swasta yang terbuka hati untuk sama-sama membantu.

Jadinya, kepada penduduk yang layak – anda boleh memohon kupon daripada wakil MPPWP di zon masing-masing bermula pada 1 Februari 2021 ini. Setiap kupon pula akan datang secara berlainan warna dengan tempoh sah laku yang berbeza-beza. Anda seterusnya boleh pergi ke lokasi agihan yang tercatat di belakang kupon selagi mana dalam tempoh sah laku. Sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda disaran untuk menghubungi MPP berkaitan.

Berikut adalah senarai MPPWP yang akan menguruskan sumbangan MYBERAS di parlimen masing-masing:

Untuk senarai penuh dan lebih jelas, klik sini.

​Dalam pada itu, sumbangan beras akan dibuat sebanyak 3 kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Sesuai dengan keadaan negara yang masih berdepan dengan pandemik, tatacara sumbangan akan dilaksanakan mengikut SOP seperti berikut:

  • Laluan pandu-lalu keluar dan masuk

  • Buku Pendaftaran/Kod My Sejahtera

  • Mesin pengimbas suhu

  • Hand Sanitizer

  • Seterusnya, MPPWP Sub Zon akan memastikan setiap penerima:

    1. Masuk dan keluar mengikut laluan yang telah ditetapkan

    2. Mendaftar diri di dalam buku pendaftaran/kod my sejahtera

    3. Menyukat suhu di mesin pengimbas suhu

    4. Membersihkan tangan menggunakan Hand Sanitizer

Program ini juga terbuka kepada orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat-syarikat dan badan korporat untuk memberikan sumbangan dalam bentuk wang, ataupun beras. Bagi yang ingin menyumbang, boleh ke laman: http://yayasanwp.org.my/myberas-penyumbang atau klik sini.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…