Menjelang tahun 2022, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan agihan pendapatan (dividen) bagi tahun kewangan 2021.
Dalam masa sama, kadar dividen KWSP yang akan diumumkan nanti dijangka akan lebih tinggi berdasarkan pulangan atas pelaburan yang lebih tinggi daripada pelaburan ekuiti global, selain pelaburan aset yang menghampiri nilai RM1 trilion.
Rentetan dari jangkaan tersebut, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengeluaran RM10,000 KWSP wajar dipertimbangkan kerana ia tidak akan menjejaskan simpanan masa depan pencarum serta pelaburan tabung kewangan itu sendiri.
“Saya kira wajar KWSP dan kerajaan pertimbangan secara serius kerana dulu mereka memberikan alasan pengeluaran RM10,000 ‘one off’ ini menjejaskan prestasi dividen pencarum tetapi apa yang kita dapat lihat pelaburan KWSP tidak terjejas pun.
“Saya sendiri menjangkakan kalau pengeluaran kali terakhir ini dibuat, implikasinya hanya antara RM25 ke RM30 bilion saja berbanding aset KWSP yang hampir 1 Trilion dan sudah pasti tidak akan menjejaskan pasaran modal kalau itu yang diuar-uarkan sebelum ini.” – Petikan dari laporan Harian Metro.
Menurutnya lagi, pengeluaran tersebut wajar dipertimbangkan rentetan kebanyakan golongan terjejas terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, swasta, tiada pendapatan tetap hingga terpaksa bergantung kepada pendapatan pasangan, simpanan dan jalan terakhir berhutang.
Tarikh Pengumuman Dividen
Berdasarkan jawapan daripada pihak KWSP laman media sosial rasminya, pengumuman dividen KWSP bagi Tahun Kewangan 2021 pada awal suku pertama tahun ini.
Secara lebih tepat, ia dijangka pada pertengahan/penghujung bulan Februari 2022 atau awal Mac 2022. Pada tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen bagi Tahun Kewangan 2020 pada 27 Februari 2022.
Berikut adalah kadar dividen KWSP pada tahun-tahun sebelum ini:
- 2015: 6.40% (Simpanan Konvensional)
- 2016: 5.70% (Simpanan Konvensional)
- 2017: 6.40% (Simpanan Syariah) dan 6.90% (Simpanan Konvensional)
- 2018: 5.90% (Simpanan Syariah) dan 6.15% (Simpanan Konvensional)
- 2019: 5.00% (Simpanan Syariah) dan 5.45% (Simpanan Konvensional)
Untuk pelbagai lagi maklumat terkini dari KWSP, sila rujuk – DI SINI.