Tourism Malaysia buka permohonan pelbagai jawatan kosong: Tawaran gaji sehingga RM2,000

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Tourism Malaysia kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PERSONEL MYSTEP
    1. Taraf: Kontrak
    2. Penempatan: Ibu Pejabat, Putrajaya
    3. Gaji: RM1,800
  2. PERSONEL MYSTEP
    1. Taraf: Kontrak
    2. Penempatan: Unit Perundangan, Tourism Malaysia, Putrajaya
    3. Gaji: RM2,000
  3. PERSONEL MYSTEP
    1. Taraf: Kontrak
    2. Penempatan: Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Putrajaya
    3. Gaji: RM2,000
  4. PERSONEL MYSTEP
    1. Taraf: Kontrak
    2. Penempatan: Ibu Pejabat, Putrajaya
    3. Gaji: RM2,000
  5. PERSONEL MYSTEP
    1. Taraf: Kontrak
    2. Penempatan: Ibu Pejabat, Putrajaya
    3. Gaji: RM1,600

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Mampu bekerja di bawah tekanan dan penyeliaan yang minimum;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang LPPM-1 (muat turun – DI SINI).

Pemohon juga perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

Bagi pemegang Diploma atau Ijazah Sarjana Muda daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pemohon boleh melayari laman web Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) – DI SINI bagi mendapatkan status pengiktirafan IPT.

Borang permohonan dan dokumen-dokumen yang lengkap kemudiannya hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan di sudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

Ia seterusnya perlulah dihantar ke alamat:

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Perancangan)

Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan melalui e-mel untuk panggilan sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 25 FEBRUARI 2022, JUMAAT (5 PETANG).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana sering kali menghadapi cabaran kewangan yang mencabar dalam kehidupan harian mereka. Dengan peningkatan kos sara…
Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini…
STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran ekonomi dan sosial telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara…