Permohonan telah pun dibuka: Ini cara memohon bantuan kewangan RM3,000 GERANBBKM

Dalam usaha membantu mereka yang terjejas, khususnya kepada para peniaga yang menerima kesan akibat bencana banjir – pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan.

Antaranya adalah Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (GERANBBKM), melalui TEKUN Nasional sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia.

Melaluinya, mereka yang layak boleh menerima bantuan berbentuk geran RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022. Tujuan utamanya bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.

Syarat-syarat Kelayakan

GERANBBKM khusus diberikan kepada peniaga informal dan mikro bertaraf warganegara Malaysia yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022.

Takrif perniagaan informal adalah perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Manakala, perniagaan mikro pula merupakan perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.

Namun begitu, para petani/penternak, projek cili fertigasi dan ternakan ikan air tawar yang terjejas semasa banjir tidak layak untuk menerima GERANBBKM. Ini kerana, bagi sektor pertanian – mereka yang terjejas layak untuk memohon melalui Kemeterian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Dana Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) atau di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).

Cara Memohon

Kepada yang terjejas dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan – permohonan geran ini boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Ia juga boleh dikemukakan melalui Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara atau agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.

Pemohon turut perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Penyata Bank Individu;
  • Salah satu daripada laporan berikut :
    • Laporan Polis / Bomba / NADMA / Agensi MEDAC / Pemimpin Tempatan / Penghulu / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil / Dewan Perniagaan.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan geran ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…