Ada duit, tapi ramai tak tahu: Ini cara membuat semakan & mendapatkan wang tidak dituntut

Sejak kebelakangan ini, mungkin ada di antara kita yang mendengar tentang hal Wang Tidak Dituntut (WTD) melalui Jabatan Akauantan Negara Malaysia (JANM).

Malah, ramai juga yang tidak tahu mengenai perkara ini dan tidak sedar bahawa mereka mempunyai WTD yang diboleh dituntut di JANM. Secara asasnya, WTD adalah wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana yang telah ditetapkan oleh Akta WTD 1965.

Wang tersebut boleh datang dari antara sumber-sumber berikut:

  • Gaji, upahan, bonus, komisyen dan wang lain yang kena dibayar kepada
    pekerja atau kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan daripada perkongsian yang diisytihar untuk dibahagikan;
  • Kuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai;
  • Penghutang pelbagai yang berbaki kredit.

 

Akan tetapi, tidak semua wang ini sampai kepada pemiliknya dan kerana itu ia kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang bertindak sebagai pemegang amanah. Oleh itu, berikut adalah maklumat lanjut berkenaan WTD dan cara mendapatkannya:

Cara Semak WTD

 

  • Langkah 1 : Layari pautan Portal e-GUMIS – DI SINI.
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat WTD tersebut (jika ada)
  • Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.

 

Dimaklumkan juga bahawa tempoh pengguna aktif adalah selama 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS. Akaun pengguna kemudiannya akan dinyahaktif secara auto dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu.

Cara Membuat Tuntutan

  • Langkah 1 : Layari pautan portal eGUMIS – DI SINI.
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan. Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

 

Semakan status permohonan kemudiannya boleh dibuat di portal eGUMIS, klik pada “Tab Ringkasan/Senarai Permohonan” dan rujuk pada ruangan “Status”.

Bagi maklumat lengkap dan lanjut berkenaan WTD serta semua hal berkenaan dengannya, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

Dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa perkara asas yang menjadi keutamaan setiap individu dan keluarga. Barangan keperluan harian seperti makanan, minuman,…