Pendapatan bawah RM2,208: Ini cara memohon bantuan kewangan RM2,700 Geran Pelancaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Antara bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah Geran Pelancaran dengan objektif bagi:

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

 

Secara asasnya, melalui Geran Pelancaran – mereka yang layak boleh menerima bantuan kewangan sebanyak RM2,700 sekaligus atau ‘one-off’ bagi menjana pendapatan dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan. Berikut adalah penerangan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

Berkenaan dengan PGK, di peringkat kebangsaan ia ditetapkan pada kadar RM2,208. Bagi senarai penuh mengikut negeri sila rujuk rajah di bawah:

Dimaklumkan juga bahawa bantuan ini adalah khas bagi kumpulan sasar JKM iaitu mereka yang telah sedia ada menerima bantuan dari jabatan itu.

Oleh hal demikian, bagi mereka yang belum menjadi kumpulan sasar JKM, mereka perlulah mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu. Jika layak dan tersenarai sebagai penerima bantuan, mereka bolehlah mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran ini.

Cara Memohon

Bagi permohonan Geran Pelancaran, ia boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.

Bagi memudahkan proses permohonan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan seperti berkut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan;
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

 

Maklumat terperinci berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…