Felcra Berhad buka banyak kekosongan jawatan terkini: Pelbagai elaun & subsidi diberikan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Felcra Berhad kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

OPERATOR PENUAIAN SAWIT & PEMANDU JENTERA

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,200 ke atas
  • Elaun & Subsidi: 
    • Elaun Penuaian/Pemandu Jentera
    • Elaun Lebih Masa
    • Elaun Kehadiran
    • Elaun Kenderaan
    • Elaun Rumah
    • Subsidi Elektrik
    • Subsidi Air

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun hingga 45 tahun;
  • Boleh membaca dan menulis;
  • Seorang yang sihat tubuh badan;
  • Seorang yang berdisiplin, berintegriti dan rajin bekerja;
  • Mempunyai Lesen Jentera Kelas F (untuk Pemandu Jentera).

Cara Memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di portal MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama.

Pemohon dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan, mengisi maklumat diri/kelayakan dengan lengkap dan klik pada ‘Mohon’ pada jawatan yang ingin dimohon.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya permohonan yang melepasi tapisan dan menepati kelayakan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 MAC 2022, JUMAAT.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…