Institut Integriti Malaysia (IIM) buka kekosongan jawatan terkini: Gaji RM1,352 hingga RM4,003

Berita baik buat yang sedang mencari pekerjaan, Institut Integriti Malaysia (IIM) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU TADBIR

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Gaji: RM1,352 – RM4,003

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf dengannya;
  • Berkebolehan bekerjasama dalam kumpulan;
  • Bersikap positif dalam melaksanakan tugasan;
  • Kebolehan komunikasi;
  • Keupayaan memberi dan menerima idea;
  • Kemahiran Kepimpinan;
  • Kemahiran Membuat Keputusan dalam situasi kritikal (critical thinking);
  • Kemahiran menggunakan aplikasi komputer (MS Office);
  • Kemahiran dalam penggunaan sistem pengurusan aset;
  • Sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman di dalam bidang berkaitan pentadbiran;
  • Pengalaman di dalam bidang pengurusan aset, rekod dan fail merupakan kelebihan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di laman MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama.

Pemohon dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan, mengisi maklumat diri/kelayakan dengan lengkap dan klik pada ‘Mohon’ pada jawatan yang ingin dimohon.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya permohonan yang melepasi tapisan dan menepati kelayakan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 MAC 2022 (ISNIN).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…