Selain BKM Fasa 1 pada bulan Mac: Ini tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan yang kita perlu tahu

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan dilaksanakan pada bulan Mac 2022 ini.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat pelbagai lagi bantuan yang diperkenalkan pada tahun ini selaras dengan pelaksanaan Bajet 2022. Oleh itu, berikut adalah senarai bantuan dan tarikh-tarikh pelaksanaan bantuan-bantuan tersebut: –

Bantuan Tablet Percuma

Pada tahun ini, pihak kerajaan akan melaksanakan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia dengan memberikan tablet percuma kepada setiap pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada kalangan kumpulan B40.

Dengan peruntukan sebanyak RM450 juta, berdasarkan kenyataan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tempoh pendaftaran bantuan ini akan bermula pada suku kedua tahun 2022 (April – Jun 2022). Ia jyga akan dilaksanakan bersama penyedia perkhidmatan mudah alih di negara ini.

Bantuan e-Dompet RM150

Dalam usaha meringankan beban dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai, kerajaan melalui Bajet 2022 – telah memperkenalkan bantuan e-Dompet yang dikenali sebagai eStart.

Dengan eStart, belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi boleh menerima RM150 yang akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet masing-masing. Tarikh pelaksanaan rasmi bantuan ini masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan.

Bantuan Awal Persekolahan RM150

Untuk makluman, pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diberikan kepada setiap pelajar dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5.

Untuk murid yang memasuki Tahun 2 sehingga Tingkatan 5 telah pun dilaksanakan pada 17 Januari 2022 lalu. Manakala, untuk murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pembayaran BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Skim Jaminan Kredit Perumahan

Bagi memudahkan urusan membeli rumah dari kalangan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap, pihak kerajaan telah menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan.

Melalui skim ini, mereka yang bekerja dalam sektor pekerjaan gig, peniaga kecil dan petani boleh mendapatkan pembiayaan bagi membeli rumah impian mereka. Permohonan skim ini telah pun dibuka bermula 1 Januari 2022 lalu.

Bagi pelbagai lagi maklumat dan senarai inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2022, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…