Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buka banyak jawatan kosong: Gaji RM1,205 – RM9,552

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. GURU BAHASA – DG41
  2. JURUTEKNIK KOMPUTER – FT19
  3. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN – U29
  4. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN – U41
  5. PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI – DH41
  6. PEGAWAI SAINS – C41
  7. PEGAWAI TADBIR – N41
  8. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
  9. PEMANDU KENDERAAN – H11
  10. PEMBANTU AWAM – H11
  11. PEMBANTU KEMAHIRAN – H19
  12. PEMBANTU KESELAMATAN – KP19
  13. PEMBANTU MAKMAL – C19
  14. PEMBANTU OPERASI – N11
  15. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN – U19
  16. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN – U11
  17. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – N19
  18. PEMBANTU TADBIR (P/O) – N19
  19. PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
  20. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK – J19
  21. PENOLONG AKAUNTAN – W29
  22. PENOLONG JURUTERA – JA29
  23. PENOLONG PEGAWAI FARMASI – U29
  24. PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN – N29
  25. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN – G29
  26. PENOLONG PEGAWAI SAINS – C29
  27. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – FA29
  28. PENOLONG PENGURUS ASRAMA – N29
  29. PENOLONG PUSTAKAWAN – S29
  30. PEREKA – B29

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Gaji dari RM1,205 sehingga RM9,552 mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan UKM – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 20 MAC 2022, AHAD.

Bagi permohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh empat bulan daripada tarikh tutup iklan, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…