Abaikan keselamatan sehingga pekerja maut, Mahkamah jatuhkan hukuman terhadap syarikat ini

Akibat mengabaikan aspek keselamatan sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja pada 21 Mei tahun lalu, sebuah syarikat pembinaan dijatuhi hukuman denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Kluang.

Hakim Mujib Saroji menjatuhkan hukuman itu terhadap TYT Builders Sdn Bhd di bawah kesalahan Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, selepas syarikat itu mengaku bersalah.

Melalui peruntukan seksyen berkenaan, sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.

Sebelum ini, syarikat berkenaan telah didakwa oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor kerana gagal memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja kepada semua pekerjanya.

Ia berikutan kegagalan syarikat itu menyediakan sistem kerja selamat bagi kerja di tempat tinggi, sehingga menyebabkan kemalangan maut seorang pekerja akibat jatuh dari bumbung bangunan semasa melakukan kerja menuang bancuhan konkrit di tapak pembinaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JKKP Johor, Khairul Amin Mohd Sarmin dan siasatan dijalankan oleh Pegawai Siasatan JKKP Johor, Mohd Hanif Abd Wahid.

Sumber: Harian Metro.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…