ADABI buka pengambilan segera di kilangnya: 70 kekosongan jawatan sedia dimohon

Di Malaysia ini, boleh dikatakan semua orang tahu dan kenal dengan produk-produk keluaran ADABI. Bermula dengan sebuah kilang kecil di Batu Caves pada tahun 1984, kini ADABI telah menjadi sebuah syarikat yang terkenal di serata dunia dalam bidang pembuatan makanan dengan lebih 33 jenis produk.

Bagi merancakkan lagi operasi syarikat, kini Adabi Consumer Industries Sdn Bhd sedang mencari calon yang berkelayakan dan berminat bagi mengisi 70 kekosongan jawatan sebagai OPERATOR PENGELUARAN di kilangnya yang terletak di Rawang, Selangor.

Berikut adalah syarat kelayakan bagi jawatan:

  • Memiliki sekurangnya PMR/PT3 dan ke atas.
  • Pengalaman bekerja tidak diperlukan untuk memohon jawatan ini.
  • Bersedia untuk bekerja secara syif dan lebih masa.
  • Boleh bekerja di Rawang, Selangor.

 

Bidang tugas pula adalah seperti berikut:

  • Memastikan barisan pengeluaran beroperasi dengan lancar.
  • Bertanggungjawab dalam mengawal kualiti produk dan output yang disasarkan.
  • Menjaga kebersihan mesin dan kawasan kerja sebelum dan sesudah menggunakannya.
  • Segera memaklumkan kepada Line Leader atau Penyelia mengenai sebarang masalah pengeluaran.
  • Sentiasa mematuhi peraturan proses pengeluaran.
  • Memastikan keselamatan dan kebersihan diri dijaga pada setiap masa.
  • Melakukan apa-apa aktiviti dalam pengeluaran apabila atau ketika ditugaskan oleh pihak atasan.

 

Tawaran gaji bagi jawatan ini adalah dari RM1,200 hingga RM1,800 sebulan. Terdapat juga beberapa manfaat yang disediakan kepada pekerja, antaranya seperti caruman KWSP dan PERKESO, elaun, insurans, rawatan pergigian dan sebagainya.

Kepada yang berminat untuk memohon, calon boleh klik sini untuk maklumat lanjut iklan.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…