Air percuma untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 & ke bawah: Ini cara buat permohonan

Dalam usaha meringankan beban rakyat dalam menjalani kehidupan seharian – Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE).

Pada asasnya, SADE adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
  • Premis kediaman meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

 

Penjelasan Pendapatan RM4,000

Berkenaan dengan syarat pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah, ia adalah pendapatan suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang.

Bagi isi rumah yang mempunyai pendapatan lebih dari RM4,000 kerana termasuk pendapatan anak yang tinggal serumah – mereka masih layak menerima manfaat SADE. Ini kerana, permohonan hanya mengambil kira pendapatan suami dan isteri sahaja.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan SADE boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI.

Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun – DI SINI). Borang yang lengkap kemudiannya hendaklah dihantar secara e-mel ke alamat: [email protected] atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan SADE, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…