Air percuma untuk isi rumah RM4,000 & ke bawah ~ Permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2021

Bagi meringan beban rakyat dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar – Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Skim Air Darul Ehsan (SADE) iaitu sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor.

Berikut adalah maklumat skim merangkumi syarat-syarat kelayakan, cara memohon dan penerangannya.

Syarat-syarat kelayakan

Skim Air Darul Ehsan (SADE) terbuka kepada:

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
  • Premis kediaman meter individu
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

 

Manakala, bagi pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah, mereka yang terlibat akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah SADE secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Penerangan berkenaan pendapatan RM4,000

Bagi memahami maksud pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 – ia adalah merangkumi jumlah pendapatan suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang dalam sebuah isi rumah. Untuk mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah melebihi RM4,000, mereka tidak layak menerima insentif bantuan ini.

Bagaimanapun, bagi isi rumah yang mempunyai pendapat lebih RM4,000 kerana termasuk pendapatan anak mereka yang tinggal serumah – mereka masih layak menerima bantuan ini kerana permohonan hanya mengambil kira pendapatan suami dan isteri sahaja (bawah RM4,000).

Insentif ini turut terbuka kepada penyewa rumah, jika mereka menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Cara memohon

Pada ketika ini, pelaksanaan SADE berada pada Fasa 2 di Peringkat ke-2. Manakala, pendaftaran untuk Peringkat ke-3 dibuka sejak 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021 ini.

Bermula pada bulan Julai sehingga Ogos 2021 – pihak kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pemprosesan dan semakan silang permohonan.

Kemudian pada 1 September 2021, akan berlakunya tarikh kuatkuasa penerimaan SEDA 2 Peringkat 3 bagi permohonan yang berjaya. Permohonan SADE boleh dibuat dengan mendaftar secara atas talian DI SINI.

Pemohon juga boleh mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI) dan menghantarnya di kaunter perkhidmatan pelanggan Air Selangor atau menghantar melalui e-mel kepada: [email protected].

Untuk maklumat lanjut tentang SEDA, boleh KLIK SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…