Ajinomoto buka pengambilan pelbagai kekosongan: Ini senarai jawatan & cara memohon

Ajinomoto (Malaysia) Berhad memulakan perniagaannya tahun 1961 dan muncul sebagai antara syarikat usahasama Jepun yang paling awal ditubuhkan di negara ini. Ia kemudiannya mula berkembang menjadi pengeluar perasa makanan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad.

Syarikat ini juga terus mengembangkan dan meningkatkan rangkaian produknya dengan cara inovatif, berkualiti tinggi dan mudah untuk memenuhi keperluan para penggunanya. Syarikat ini beramalat di:

Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Selaras dengan usaha dan perkembangannya itu, kini Ajiomoto (Malaysia) Berhad telah membuka pelbagai kekosongan jawatan yang sedia untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Juruteknik Makmal
  2. Eksekutif Pemasaran
  3. Eksekutif Jaminan Kualiti
  4. Juruteknik Peralatan
  5. Chargeman

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan akademik adalah dari peringkat Sijil Kemahiran sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di LAMAN INI dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama. Bagaimanapun, dimaklumkan juga bahawa pemohon perlu mendaftar dahulu di laman berkenaan, sebelum permohonan jawatan boleh dibuat.

Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Tempoh purata proses permohonan adalah 16 ke 19 hari.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…