Ajinomoto (Malaysia) Berhad buka pelbagai kekosongan: Ini senarai dan cara memohon

Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula bertapak di negara ini pada tahun 1961 dengan membawakan produk MSG terbaik dari negara matahari terbit, Jepun. Kini setelah 60 tahun berlalu, Ajinamoto telah menjadi sebahagian dari bahan wajib di setiap dapur rakyat Malaysia dan telah diterima sebagai salah satu produk makanan paling berjaya di negara ini.

Selaras dengan pencapaian cemerlang itu, Ajinomoto tetap terus berkembang maju dan kini sedang mencari bakat-bakat baru bagi mengisi kokosongan yang ditawarkan.

Antara jawatan yang dibuka adalah:

  1. Juruteknik Mekanikal (Kontrak)
  2. Boilerman
  3. Penyambut Tetamu (Receptionist)
  4. Juruteknik Makmal (Kontrak)

 

Untuk taraf jawatan-jawatan yang ditawarkan, terdapat yang bertaraf sepenuh masa dan kontrak seperti yang dinyatakan di atas. Kelayakan akademik bagi jawatan pula adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Diploma bergantung kepada ketetapan syarat jawatan.

Selain itu, jawatan juga datang dengan beberapa manfaat (bergantung kepada jawatan) seperti:

  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Bonus tahunan
  • Bonus prestasi
  • Perlindungan kesihatan
  • Subsidi makanan bulanan

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Untuk permohonan jawatan, calon boleh klik jawatan yang hendak dimohon di laman web tersebut dan klik ‘Apply Now’.

Purata tempoh proses permohonan adalah 19 hari, bergantung kepada pihak syarikat yang menguruskan permohonan.

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…