Akademi Sains Malaysia buka jawatan kosong terkini: Tawaran gaji RM2,000 hingga RM4,500

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Sains Malaysia (ASM) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan kekosongan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU AKAUNTAN
    • Gaji: RM2,000 – RM2,800
  2. PENTADBIR SISTEM
    • Gaji: RM3,200 – RM4,500

Syarat-syarat Kelayakan

PEMBANTU AKAUNTAN

  • Kredit dalam SPM untuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Memiliki Certified Accounting Technician (CAT) ATAU Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom in Finance.
  • Diploma Perakaunan juga boleh memohon.
  • Minimum 3 tahun pengalaman bekerja dalam peranan perakaunan atau kewangan.
  • Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia secara lisan dan tulisan.
  • Kecekapan yang tinggi dalam menggunakan komputer, perisian Microsoft Office dan alatan internet.

 

PENTADBIR SISTEM

  • Calon yang mempunyai semangat dan minat yang kuat dalam pangkalan data atau sistem IT dengan Ijazah Kepujian/ Sarjana dalam bidang Sains Komputer/ Kejuruteraan Komputer/ Sistem Maklumat boleh memohon.
  • Calon yang mempunyai pemahaman dan penghayatan yang baik terhadap repositori data dan Analitis Data Besar.
  • Kemahiran kerja yang baik sekurang-kurangnya dalam Java, C++, R language, Python, Ruby, Hive, SQL, SPSS, MATLAB, Weka, Julia or Scala. Pangkalan data perhubungan termasuk MySQL, Oracle, DB2.
  • Pengetahuan dalam Hadoop, Cassandra, Microsoft SSIS adalah kelebihan tambahan.
  • Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam operasi IT diperlukan untuk jawatan ini.

Cara Memohon

Kepada yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dilihat DI SINIPermohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik pada ‘Apply Now’.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…