Amanah Saham Nasional umum agihan pendapatan & dividen terkini: Cara membuat semakan

Syarikat pengurus unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pada 29 November lalu telah mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan bagi unit amanah harga berubah, ASN Imbang (ASN Imbang 1) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2021.

Pihak ASNB juga memaklumkan – setakat 26 November 2021, ASN Imbang 1 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.92 peratus, mengatasi penanda aras 50 peratus Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia (FBM 100) dan 50 peratus Deposit Tetap 12 Bulan Maybank sebanyak 7.13%.

Agihan Pendapatan

Dengan membabitkan agihan pendapatan sebanyak RM27.46 juta, jumlah pengagihan pendapatan yang diisytiharkan adalah 2.74 sen seunit yang akan memanfaatkan 44,752 pemegang unitnya dengan pelaburan berjumlah 1.00 bilion unit.

Pengagihan ini juga adalah bersamaan dengan hasil dividen sebanyak 2.85%, berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini dana.

ASN Imbang 1 turut mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM31.20 juta yang sebahagiannya didorong oleh strategi kepelbagaian pelaburan ke pasaran antarabangsa.

Malah, sehingga kini – dana berkenaan memperuntukkan sekitar 21 peratus daripada jumlah asetnya dalam ekuiti global yang menyumbang 61% kepada pendapatan kasar.

PNB dalam kenyataan sama menyatakan pihaknya akan meneruskan momentum usaha mempelbagaikan portfolionya agar institusi ini dapat memberikan pulangan yang mampan kepada para pemegang unit.

Untuk makluman, pengiraan pengagihan pendapatan ASN Imbang 1 adalah berdasarkan unit yang dipegang dan NAB dana pada 26 November 2021. Pengagihan yang diisytiharkan juga akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Disember 2021.

Semakan Agihan Pendapatan

Kepada pemegang unit ASN Imbang 1, semakan boleh dibuat secara atas talian di portal myASNB (DI SINI), melalui aplikasi mudah alih myASNB atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara yang akan memulakan operasi urus niaga beroperasi pada 1 Disember 2021.

Bagi maklumat lanjut dan penerangan lengkap berkenaan agihan pendapatan ini, ia boleh dirujuk di kenyataan rasmi PNB – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…