Ambil bayaran bantuan BKM: Ini senarai mereka yang layak menjadi wakil penunaian

Seperti yang semua telah sedia maklum, melalui Bajet 2022 – pihak kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebagai kesinambungan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Melalui bantuan kewangan ini, mereka yang layak boleh menerima dari RM350 sehingga RM2,000 berdasarkan kelayakan dan kategori masing-masing. Bagi maklumat lanjut berkenaan jumlah bayaran BKM, boleh rujuk – DI SINI.

Dalam masa sama, semasa permohonan BKM – para pemohon diminta untuk mengisi maklumat wakil. Tujuan utama maklumat wakil diperlukan adalah:

  • Waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika pemohon / pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia; atau
  • Wakil bagi penunaian BKM 2022.

Wakil-wakil Yang Layak

Wakil-wakil yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik
  • Cucu

 

Dalam masa sama, wakil yang dibenarkan atau layak untuk membuat penunaian BKM 2022 atau tuntutan SKK BKM 2022 adalah:

  • Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022; atau
  • Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti disenaraikan di atas.

 

Dimaklumkan juga bahawa tiada had umur kelayakan yang ditetapkan bagi seseorang untuk menjadi wakil kepada penerima BKM 2022.

Semakan BKM

Permohonan baru dan kemaskini BKM telah pun ditutup pada 31 Januari lalu. Bagi pemohon yang ingin membuat semakan status permohonan mereka, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKM – DI SINI.

  • Log masuk di portal rasmi BKM;
    • Isi No Kad Pengenalan
    • Isi kata laluan
  • Klik pada butang ‘semakan status’
  • Status permohonan BKM akan dinyatakan.

 

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan wakil BKM, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…