ANGKASA buka pengambilan banyak kekosongan jawatan: Tarikh tutup permohonan 26 Mac 2022

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI, BAHAGIAN SEKRETARIAT
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
  2. PEGAWAI, SEKTOR PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: Pendang Kedah
  3. SETIAUSAHA
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: Ibu Pejabat, Kelana Jaya, Selangor
  4. KERANI
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: Ibu Pejabat, Kelana Jaya, Selangor
  5. PEMBANTU AM
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Sabah
  6. PRAMUSAJI
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: MyAngkasa Akademi, Langkawi, Kedah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Seorang yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugasan yang diberikan.

Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan dan menyatakan jawatan yang dipohon berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor
(U/P : Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)

Atau alamat e-mel: recruitmenthr.angkasa@gmail.com.

Hanya calon-calon menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang dipelawa menghadiri sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 26 MAC 2022 (SABTU).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bina rumah atas tanah sendiri dengan bantuan RM20,000: Berikut cara buat memohon

Bina rumah atas tanah sendiri dengan bantuan RM20,000: Berikut cara buat memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pengambilan lebih 100 jawatan kosong di JAKIM tahun 2023: Gaji sehingga RM4,003

Pengambilan lebih 100 jawatan kosong di JAKIM tahun 2023: Gaji sehingga RM4,003

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…
Senarai bantuan- bantuan RM200 - RM300 yang dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Senarai bantuan- bantuan RM200 - RM300 yang dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…