Pertahanan Awam

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Angkatan Pertahanan Awam (APM)

  1. PERSONEL MYSTEP GRED N29
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Waktu Bekerja: Biasa
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  2. VIDEO AND MOTION PICTURE EDITOR
    • Taraf Jawatan: Sementara
    • Waktu Bekerja: Fleksibel
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999
    • Kelebihan:
      • Berpeluang bekerja dengan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia;
      • Boleh bertugas lebih masa (Over-time);
      • Boleh mengikuti pelbagai kursus pertahanan awam;
      • Boleh belajar mengenai pengurusan media sosial agensi kerajaan.

Syarat-Syarat Kelayakan

PERSONEL MYSTEP GRED N29

  • Berumur antara 22 hingga 35 tahun;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Diploma / STPM atau yang setaraf dengannya;
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Bahasa Melayu dalam SPM;
  • Mahir menulis surat dan laporan;
  • Boleh bertugas pada hujung minggu sekiranya diarahkan;
  • Mempunyai kenderaan sendiri untuk hadir ke pejabat;
  • Mempunyai personaliti yang baik.

 

VIDEO AND MOTION PICTURE EDITOR

  • Berpengalaman menyunting video;
  • Berpengalaman menggunakan software peyuntingan video seperti Final Cut Pro, Adobe Premiere, Adobe After Effect, Filmora dan lain-lain software yang berkaitan penyuntingan video;
  • Boleh menghasilkan video montaj;
  • Graduan baharu dalam bidang ini dialu-alukan untuk memohon.

Bidang Tugas

PERSONEL MYSTEP GRED N29

  • Merekod keluar masuk surat;
  • Draf surat-surat maklum balas kepada agensi seliaan atau luar;
  • Berhubung dengan pihak-pihak yang berkepentingan;
  • Mengurusetiakan mesyuarat;
  • Merekod dan mengemaskini fail;
  • Membuat tempahan makanan, kenderaan, bilik mesyuarat;
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon dikehendaki mendaftar di portal berkenaan sebelum boleh membuat permohonan jawatan.

Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Segala maklumat juga perlu benar, sahih dan tepat.

Calon-calon yang berkelayakan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Fungsi Angkatan Pertahanan Awam adalah Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana; Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan; Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam; Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini dan Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.

Selain itu, ia juga berfungsi bagi Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara; Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana; Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan dan Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

Peranan pertahanan awam pula adalah merangkumi melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam; mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam dan melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…
RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…